Sunday, January 18, 2015

Makan gaji buta (bahagian 1)

Assalamualaikum & Salam sejahtera. Dengan izin Allah, hari ini 18 Januari 2015 dapat juga aku berkongsi luahan peribadiku dengan korang semua. 1 @ 2 minggu yang lepas, aku sampai di pejabat jam 08:00 pagi. Sepatutnya, jadual untuk bekerja adalah jam 08:30 sehingga jam 17:30 petang. Biar kita awal datang, jadi banyak maklumat kita dapat tahu jika ada masalah di tempat bekerja.

Nak dijadikan cerita, tiba-tiba 1 suara perempuan aku terdengar. Haishh.. sibuk aku nak pergi sarapan pagi, masa tulah kau sibuk nak "interview" aku.

Perempuan : Ayie, awak kerja jam berapa sebenarnya ? 
Ayie : Ikut jadual, sebenarnya jam 07:00 pagi saya dah mula kerja. Tetapi saya telah tukar "shift" bekerja dengan Encik Fai***. Lagipun saya telah beritahu perkara ini dengan eksekutif kita Puan Hafi***. Maklumlah jika dulu saya ada kenderaan sendiri untuk ulang alik johor pontian, kini kereta tersebut di bengkel sebab kemalangan 28 November 2014 yang lepas. Oleh itu, saya tumpang ke kerja bersama-sama ayah saya. 
Perempuan : Awak kan tahu yang "boss" tak izinkan awak bertukar shift dengan yang lain. Jadi siapa yang nak tukar ? Awak ke Encik Fai*** ?
Ayie : Sudah tentulah saya. Maaf ya puan. 2-3 hari lepas, Encik Hana** telefon pejabat dan telah bercakap dengan kerani Encik Zul & eksekutif kita juga. Selepas itu 2-2 orang ini tanya dengan saya jikalau saya boleh bertukar "shift" dengan dia atau tak. Oh... orang lain nak tukar dengan saya, puan bolehkan.. Tapi kalau saya nak tukar dengan orang lain tak boleh ya. Arghhh .. !! saya dah agak pasti perkara ini akan timbul.
Perempuan : Ayie !!! Awak jangan kurang ajar ya ..  
Bersiul ???
Sebagai orang muda, aku malaslah nak bertengkar dengan perempuan tua gila kuasa, kaki kipas, kaki bodek & tudung labuh seperti utazah macam si dia ni haa..

Dengan selambanya, aku blah je terus dari pejabat sambil bersiul walaupun aku tahu ia perangai SYAITAN. Haa , di kedai makan tak tahu nak makan apa .. Arhh minum air tongkat ali je la.. Ini semua pasal nenek tua tu. Hilang selera makanku.

Tepat jam 08:30 aku pun masuk semula pejabat. Duduk sahaja di kerusi.. ting tong. Hurmm ada pesanan daripada nenek tua tu..

Sambung bahagian 2....

Friday, January 16, 2015

Bala Malaysia

Assalamualaikum & Salam 1Malaysia. Tahun 2014 telah berlalu lebih kurang 2 minggu yang lalu. Kini kita masih dapat menikmati kehidupan dunia ini lagi. Inilah entri pertamaku di blog ini. Telah lama aku tinggalkan zaman blog. Dulu ada "hosting & domain" sendiri, kini gunakan blogspot sahaja. Insyaallah perkara yang aku ada dulu, akan kembali semula.

Separuh MALAYSIA di landa banjir.
Selain itu juga, kita telah maklum bahawa 3 kapal terbang Malaysia & Indonesia hilang dan terhempas. 

Dalam tahun 2014 juga, pemimpin Malaysia pada pendapatku "gila" membuat keputusan bahasa pondan dibolehkan berpakaian seperti perempuan & masuk ke tandas perempuan.

Macam-macamlah...